Assalamualaikum dan selamat melayari laman Geografi PT3.
Laman web ini dibangunkan untuk membantu dan memudahkan para pelajar terutamanya calon PT3 agar lebih memahami, mempraktikkan dan seterusnya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PT3. Laman ini hanya memfokuskan Kegiatan Ekonomi Utama Malaysia, iaitu soalan yang kerap ditanya dalam peperiksaan dan merupakan soalan Kerja Kursus PT3 pada tahun 2015. Justeru laman ini juga boleh membantu para guru untuk mendapatkan lebih idea untuk mengajar topik ini dengan lebih berkesan.
Diharapkan laman ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua.

Kegiatan Ekonomi ialah sebarang kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.
Terdapat tiga jenis kegiatan ekonomi, iaitu kegiatan primer, sekunder dan tertier. Kegiatan ekonomi ini dilakukan mengikut sektor. Setiap sektor ekonomi menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan.
Sektor-sektor ekonomi yang penting di negara kita ialah perkhidmatan, perindustrian dan perlombongan. Sektor ekonomi yang turut memberi sumbangan adalah seperti pertanian, pembalakan dan perikanan. Pada tahun 2000 kegiatan ekonomi domestik di Malaysia bernilai RM 209.3 bilion. Daripada jumlah ini, lebih separuh disumbangkan oleh kegiatan ekonomi dalam sektor perkhidmatan.